Pages

March 1, 2011

Jerita Uging enggau Antu Raya-Versi B.Malaysia - Part 1.

Pada zaman dahulu kala….. sebelum zaman pra-sejarah , ada seorang lelaki yang malang nasibnya, bernama Uging. Uging tinggal di pondok kecil, dihujung kampung.Rumahnya terpisah sedikit dari penduduk lain di kawasan rumah panjang.Uging dipinggirkan oleh para penduduk tersebut.Uging mempunyai rupa paras yang buruk, yang sukar digambarkan. Bukan sekadar buruk, dia juga busuk disebabkan kudis, panau dan kurap yang melekat dibadannya. Penduduk dirumah panjang jijik dengan keadaan si Uging. Walhal si Uging tidak minta untuk dilahirkan sebegitu. ( Kalau boleh, dia mau sedikit hensem daripada lelaki ini .)



Image credit to here.


Nak dijadikan cerita dongeng. Pada zaman tersebut, dunia manusia dan dunia hantu raya sangat lah berdekatan, bak kata orang tua cuma bersempadankan sebatang pokok.Tiap-tiap malam penduduk dikawasan rumah panjang tersebut ketakutan dan mengalami igauan ngeri akibat gangguan hantu raya yang mencari manusia untuk dimakan. Asal malam menjelang tiba, hantu-hantu raya akan berkeliaran dan mengelilingi rumah panjang.Hantu-hantu ini berusaha memanjat rumah panjang panjang untuk mendapatkan manusia tetapi selalu sahaja gagal sebab pertahanan sturcktur rumah panjang yang cekap dan kuat pada zaman tersebut.

Disebabkan gangguan hantu raya yang berterusan, maka penduduk-penduduk rumah panjang pun berpindah membawa harta benda seperti tajau ke kawasan yang jauh dan selamat daripada si hantu raya. Tinggal lah hanya si Uging seorang yang masih mendiami kawasan tapak kampung tersebut. Bukan gara-gara si Uging tidak ingin ikut berpindah sama, tetapi penduduk yang memulaukan si Uging. Kesian nasib si Uging.

Dalam cerita dongeng ni, Si Uging bukanlah seoranglah seorang yang penakut dan pengecut. Si Uging berikhtiar mencari idea dan helah untuk melawan si hantu-hantu raya ni.

Kesokkan harinya…

Awal awal pagi Si Uging pergi ke sungai untuk mencari katak. Dia mencari katak untuk digunakan melawan hantu raya yang bakal datang pada malam nanti. (Agaknya , bagaimana katak yang kecil molek ni melawan hantu raya yang sebesar lori ?) Pada zaman tersebut katak-katak ini pandai bercakap dan juga pandai menjawab soalan apabila ditanya.

Sebaik sahaja sampai dirumah, Uging pun mempersiapkan dirinya sebelum senja berlabuh tiba.Katak-katak tersebut diberi makan sekenyang-kenyangnya.

Matahari terbenam..senja pun menjelang tiba……..

Akan bersambung.

p/s: Sumber :Cerita dongeng ini diceritakan oleh emak dan mendiang datuk I, semasa kecik kecik dulu.

No comments: